:: My gangS :: TQVM

Thursday, March 29, 2012

PROLOG BUKAN ADIK TIRI BIASA!



MATANYA tidak lekang memandang ke arah pasangan pengantin yang sedang bersalaman dengan para tetamu yang sedang bertandang. Sesekali terdengar gelak ketawa dari mereka berdua memeriahkan suasana yang memang sedia meriah. Sudah nampak seperti pasangan pengantin muda yang baru kahwin pula lagaknya walau ada pasangan yang diraikan itu masing-masing sudah menjangkau usia pertengahan empat puluhan. Bibirnya diketap. Geram dengan pemandangan yang menyakitkan hatinya itu.

Seketika nafas dihela lemah seraya mengerling sekilas ke arah teman yang masih lagi enak menjamu selera di sebelahnya. Entah kenapa hatinya tidak senang melihat semua itu. Geram, sakit hati bercampur menjadi satu. Rasa mahu saja dia meninggalkan majlis itu namun apabila mengenangkan semua itu melibatkan maruah keluarganya juga, niatnya itu dimatikan.

Dia termenung seketika merenung kelibat tetamu yang tidak putus-putus berkunjung. Walaupun matanya melekat ke situ namun fikirannya melayang entah ke mana. Entah mengapa telinganya seakan-akan masih lagi mendengar suara mamanya yang ceria memberitahu akan rancangan untuk berkahwin lagi sebulan yang lepas. Dia yang kala itu sedang menikmati makan malam terus saja hilang selera walaupun perut bergelojak meminta diisi. Dan sejak peristiwa itu, hampir setiap hari dia bertegang urat dengan mamanya dengan harapan mamanya akan membatalkan rancangan itu. Namun mamanya seakan-akan sudah membuat keputusan muktamad. Segala rayuan dan bantahan langsung tidak dilayan. Dan sampai sekarang dia masih bengang.

Rasanya dia masih ingat lagi seminggu selepas sesi bertegang urat berlaku, dia mula tidak bertegur dengan mamanya namun semua itu langsung tidak mematahkan rancangan mamanya untuk berkahwin lagi. Wanita itu semakin galak menyiapkan persiapan perkahwinannya dengan ahli perniagaan yang berpangkat Dato’ itu. Dan pada ketika itu dia sudah malas mahu mengambil pusing. Apa yang akan jadi lepas ni, jadi lah. Sungguh dia sudah tidak mahu mengambil kisah.

Namun apabila teringatkan arwah papa yang sudah hampir dua tahun meninggal, hatinya dilanda rasa sebak tak berpenghujung. Masih terngiang-ngiang lagi akan suara mamanya yang berjanji akan terus menyayangi papanya walaupun mereka sudah terpisah di dunia. Dan dia tidak faham kenapa mamanya tegar memungkiri janji itu. Apakah kasih sayang yang sudah terpupuk sejak bertahun-tahun lamanya itu sudah mula terhakis ekoran masa yang berlalu? Sungguh hatinya tidak mampu untuk menerima semua itu.

“Eh Ress, apasal tak makan ni? Aku dengar dari pagi tadi lagi kau tak jamah apa-apa,” tegur Wawa yang sedang menyudu nasi beriani gam yang berlaukkan ayam masak merah itu ke mulut. Pelik dia melihat Aresha yang sekejap memandang ke hadapan dan sekejap seolah-olah termenung. Entah apa lah yang difikirkan agaknya. Hati kecil Wawa berfikir.

“Aku tak ada selera,” jawab Aresha pendek. Sungguh hampir sebulan ini seleranya mula menghilang saat berita itu dikhabarkan. Dia yang tidak perasan sangat akan keadaannya itu hanya tersenyum kelat apabila rakan-rakan sekelas mula menegur tubuhnya yang makin menyusut. Rutin hariannya ke kolej pun sudah mulai berubah. Kadang-kadang pergi dan kadang-kadang ponteng dan merayau-rayau tanpa arah tujuan. Dan malamnya pula mula keluar berseronok tanpa mempedulikan bebelan mamanya yang dianggap mula mencampuri urusannya itu.

Wawa mengeluh perlahan lantas meletakan sudu dan garfu ke tepi pinggan. Wajah si teman yang langsung tidak ceria itu dipandang dengan wajah simpati. Bukannya dia tidak tahu akan situasi sebenar yang sedang berlaku cuma kadang-kadang Aresha terlalu memikirkan perkara itu sedangkan banyak lagi perkara lain yang perlu difikirkan.

“Ress, dah lah tu. Biar aje lah mama kau tu. Buat kusut kepala je kalau kau fikir,” Wawa cuba menasihati. Walaupun dia tahu yang nasihatnya itu seakan-akan mencurah air ke daun keladi.

“Aku geram lah Wa. Sanggup dia menduakan kasih sayang arwah papa aku,” rungut Aresha seraya mengalihkan pandangan ke arah Wawa. Temannya itu kelihatan bersandar di kerusi sambil mengeluh perlahan.

“Tapi mama kau berhak tentukan hidup dia sendiri. Mungkin dia sunyi kut sorang-sorang je dua tahun ni,” Wawa cuba memberikan alasan munasabah walaupun dia sendiri tidak tahu apakah alasannya itu betul ataupun tidak. Segalanya terlintas spontan dari kepala.

“Kau ni sebelahkan aku atau mama aku?” Sanggah Aresha laju. Entah mengapa kata-kata Wawa itu sedikit sebanyak menyentap hatinya. Matanya tajam merenung wajah Wawa yang sudah berubah riak.

“Kau ni Ress, chill lah,” Wawa tersengih kelat. Tidak sangka kata-katanya itu mengundang rasa tidak puas hati pada si teman.

“Dahlah, aku nak pergi toilet kejap,” putus Aresha malas untuk menyambung perbualan. Sungguh hatinya tidak bersedia lagi untuk menerima semua itu walaupun sudah berbakul-bakul nasihat yang lebih kurang sama terbit dari mulut Wawa.

“Eh kau ni nak pergi toilet pulak masa ni. Nanti kalau mama kau cari apa aku nak jawab?” Soal Wawa laju. Cuba menghalang Aresha keluar dari situ. Entah kenapa hatinya seakan dapat merasakan sesuatu yang tidak baik akan berlaku.

“Kejap je lah,” potong Aresha laju seraya berdiri dan mula mengatur langkah.

Dan ketika itu jugalah terasa tubuhnya dilanggar sesuatu. Keras dan menyakitkan. Mujurlah tangannya sempat memegang kerusi, kalau tidak alamat jatuh bergolek lah dia di atas lantai ballroom itu.

Dia mengetap bibir geram seraya berpaling ke arah sisi. Kelibat figura lelaki yang segak berpakaian baju Melayu berwarna biru muda lembut menyapa retina matanya. Dan serentak itu matanya membulat.

“Hoi buta ke?” Marah Aresha laju. Tidak berkelip matanya memandang ke arah lelaki yang sedang berdiri tegak di hadapannya. Dan lelaki itu pula kelihatan hanya tersenyum sinis seolah-olah tidak terkesan dengan kemarahan Aresha yang mula meningkat naik itu.

“Aku buta atau kau yang buta?” Balas lelaki yang dikenali Aresha sebagai Ayyan Dazren itu. Teman satu kelas dengannya yang seringkali bercakaran jika terjumpa di mana-mana. Dan ternyata peristiwa hari ini bakal mengundang pertengkaran yang mungkin akan berpanjangan.

Aresha merengus geram. Sungguh hatinya tidak pernah rasa tenang apabila terjumpa dengan lelaki itu. Ada saja perkara yang akan mengundang perbalahan.

“Ress,” Panggil Wawa perlahan seraya mencuit lembut bahu si teman. Dia tersenyum kelat pada Ayyan dan Aresha yang masing-masing berdiri tegak memandang antara satu sama lain.

“Wa, kau duduk diam aje kat situ. Aku ada hal sikit nak settle dengan budak Ayyan ni,” Aresha pantas memberi amaran kepada Wawa supaya tidak masuk campur. Baginya hal dia dengan lelaki itu biarlah mereka berdua yang selesaikan.

“Tapi Ress,” Wawa tidak berpuas hati. Lantaran ada mata-mata tetamu yang mula memandang ke arah mereka. Mungkin ingin menantikan drama sebabak antara Aresha dan Ayyan.

“Sha..Ayyan,” Kedengaran suara wanita mencelah masuk di antara perbualan mereka berdua. Aresha cepat saja berpaling dan diikuti oleh Ayyan.

“Mama kenal dia?” Soal Aresha pelik apabila Puan Aniza yang sudah bertukar pangkat menjadi Datin itu menghampirinya. Kelibat Datuk Daus yang berada di sisi mamanya dijeling sekilas.

“Tentulah mama kenal. Ni lah Ayyan Dazren, anak tunggal pada daddy baru kamu. Merangkap adik tiri kamu yang baru,” senafas Datin Aniza memperkenalkan. Datuk Daus hanya tersenyum.

“What?!” Sedikit terjerit kecil suara Aresha pada saat itu. Ayyan pula mengerutkan kening. Masih lagi kabur dengan apa yang sedang berlaku. Namun otaknya cuba berfikir laju. Ini ke anak mama tiri aku yang baru? Biar betul!

“Kenapa Sha? Kamu dah kenal ke Ayyan ni? Kalau macam tu baguslah, senang sikit nanti sebab kita pun akan duduk dengan diorang nanti,”

Datin Aniza tersenyum lebar memandang ke arah anaknya serta anak tirinya yang baru. Tak payah lah kena buat sesi berkenalan, bisik hati Datin Aniza. Dia akui yang Aresha mungkin tidak sempat untuk mengenali anak tirinya yang baru itu. Sudahlah pagi tadi semasa sesi akad nikah, Aresha buat hal tak nak datang ke majlis. Nasiblah dengan pujukan dari Wawa, akhirnya Aresha lembut hati untuk datang ke majlis kesyukuran yang diadakan di hotel sekarang.

Aresha yang masih terkejut sakan itu menjeling tajam ke arah Ayyan yang tidak jauh di hadapannya. Entah mengapa ayat mamanya itu seakan petir memanah ke tubuhnya. Hampir-hampir dia terduduk di atas kerusi empuk di situ sambil menggeleng-gelengkan kepala. Masih tidak percaya dengan apa yang sedang berlaku. Wawa pula masih terpinga-pinga. Tidak tahu untuk bereaksi macam mana.

“Jom kita pergi ambil gambar. Fotographer dah tunggu tu,” pelawa Datin Aniza tanpa mengesyaki apa-apa. Datuk Daus pula kelihatan menepuk bahu Ayyan yang masih tegak berdiri.

“Jomlah, buat kenangan,” tambah Datuk Daus lagi seraya mula mengatur langkah menuju ke arah Datin Aniza yang sudah maju ke hadapan.

Aresha menjeling tajam ke arah Ayyan. Wajah lelaki itu yang seakan sama terkejut dengannya itu langsung tidak dihiraukan. Pantas dia berdiri.

“Adik tiri konon? Jadi kau lah anak Datuk Daus tu? Huh! Jangan perasanlah nak jadi adik tiri aku. Sampai bila-bila pun aku tak mengaku!” Bantah Aresha geram.

“Hey kau ingat aku hadap sangat ke nak anggap kau jadi kakak tiri kau tu?!” Balas Ayyan mencerlung mata. Entah dari mana idea mama tirinya yang baru itu tercetus. Ada ke patut perkenalkan aku jadi adik tiri perempuan ni? Langsung tak masuk akal! Takkan aku yang lahir hujung tahun itu sudah jatuh pangkat bergelak adik sedangkan kalau diikutkan umur memang sebaya? Nonsense!

“Ress, dah lah tu. Jom pergi ambil gambar,” pujuk Wawa yang sedari tadi berdiam diri. Mula masuk campur apabila menyedari bunga-bunga pertengkaran sudah muncul di antara mereka berdua. Aduhai, sabar aje lah hati ni dengan perangai bebudak ni!

“Ress,” Wawa memanggil lagi seraya menarik tangan Aresha apabila temannya itu langsung tidak berganjak. Begitu juga dengan Ayyan yang masih tegak berdiri. Masing-masing berlawan pandang seolah-olah sedang bertanding.

“Kau ni, aku tak settle lagi dengan budak ni,” Aresha cuba menarik tangannya dari genggaman Wawa namun tidak berjaya. Dia memalingkan wajah memandang Wawa dengan riak marah. Seakan tidak percaya yang tenaga Wawa lebih kuat darinya. Apakah ini kesan aku kurang makan selama ini?

Wawa mengeluh perlahan. Susah sungguh untuk memujuk Aresha namun bibirnya mengukir senyum lebar tatkala pandangannya terhala ke arah sisi kiri.

“Ress, Afiq la,” Wawa cuba mengalihkan Aresha. Aresha yang masih lagi berdiri bertentangan dengan Ayyan cepat saja berpaling. Kelibat seorang lelaki yang tinggi lampai dan menuju ke arah mereka bertiga dipandang dengan wajah berubah ceria.

“Hai girls. Sorry datang lambat,” Tutur Afiq lembut seraya tersenyum manis ke arah Aresha. Ayyan juga berubah wajah. Kelibat Afiq, teman sekolej mereka itu dipandang dengan perasaan jelek. Huh! Playboy kolej!

“Hai Afiq,” Tegur Aresha dengan wajah ceria. Laju saja kakinya melangkah ke arah Afiq yang sedang menghala ke arahnya.

Wawa dan Ayyan masing-masing berpandangan seketika sebelum melemparkan ke arah Aresha dan Afiq yang tiba-tiba saja bergelak ketawa di situ. Situasi yang tegang tadi seolah-olah langsung dilupakan. Semuanya sudah kembali normal.




p/s ; testing2.....ni novel lama yang tajuk Adik? Tak Mungkin! Tapi ditukar ke tajuk baru....actually, dah lama sangat tak menulis, hampir dua bulan...macam dah hilang skill je.....tapi rasa gian jer nak menulis...huhu...sorry tak sempat nak cari n buat kaver lagi..yang dulu dah hilang mase lappy jammed tu.. apa pun layan..ape2 yang berkurang hope bolehlah tegur J



Wednesday, March 28, 2012

Tempahan Novel SSiD Dari Penulis Untuk 2nd batch




As-salam dan selamat pagi…disebabkan ramai yang tak puas hati tak boleh beli SSiD dengan zura hari tu..so hari ni zura nak order yang baru…sama jugak macam hari tu..kalo nak emel cepat2 tau cz nak kira berape org J

HARGA NOVEL:

1) SEMENANJUNG

HARGA = RM 30

POSTAGE = RM 8

JUMLAH HARGA= RM 30+8= RM 38

2) SABAH DAN SARAWAK

HARGA = RM 30

POSTAGE = RM 11

JUMLAH HARGA= RM 30+11= RM 41


*WITH SIGN N SPECIAL BOOKMARKS*

SILA SERTAKAN BERSAMA MAKLUMAT PERIBADI SEPERTI DI BAWAH UNTUK MEMUDAHKAN SEGALA URUSAN DIJALANKAN.

1) NAMA PENUH SEPERTI KAD PENGENALAN

2) NAMA FB

3) NO TELEFON UNTUK DI HUBUNGI

4) ALAMAT UNTUK PENGHANTARAN NOVEL

UNTUK MEMUDAHKAN MEMBUAT BAYARAN, ZURA TELAH MENYEDIAKAN DUA AKAUN BANK IAITU MAYBANK AKAUN DAN JUGA CIMB ISLAMIC BANK. SEGALA MAKLUMAT LANJUT BERKENAAN ACC BANK ADALAH DI BAWAH.

1) BANK: MALAYAN BANKING BERHAD (MAYBANK)

ACC NO: 162441011575

NAMA PEMEGANG ACC: ROSMADI HARUN

2) BANK: CIMB ISLAMIC

ACC NO: BANK 1305 0001800 208

NAMA PEMEGANG ACC: AZURA ABDULLAH

SILA EMEL KEPADA KAMI BUKTI PEMBAYARAN (RESIT DEPOSIT ATAU APA SAHAJA YANG BERKENAAN) DAN JUGA MAKLUMAT PERIBADI SEPERTI YANG TELAH DINYATAKAN DIATAS SETELAH MEMBUAT PEMBAYARAN. INI UNTUK MEMUDAHKAN SEMUA URUSAN PEMBAYARAN DAN PENGHANTARAN NOVEL BERJALAN DENGAN LANCAR. EMEL ADALAH ssid_2011@yahoo. com

Monday, March 26, 2012

Sekitar sesi otograf di pejabat Karya Seni, Kuala Lumpur dan komen tentang SSiD :D


As-salam dan selamat malam..lamanya tak update blog dengan cerita-cerita yang masih belum nampak jalan pulang tu..hehe..laptop tak adalah nak menaip cam ne kan? Tapi malam ni pun tak update cerita cuma nak kongsikan pengalaman time pergi pejabat Karya Seni hari tu je.
Kita orang bertiga bertolak pukul 7 dari Bandar Kemaman. Mengikut Papago GPS, lebih kurang lima jam sampailah dan jarak dari rumah sejauh 307 km. Sebenarnya dah berjanji dengan Rehan Makhtar suruh dia jadi tourist guide kat sana kut-kut tak jumpa pejabat K.S tu.
Tapi staff K.S awal-awal lagi dah call tanya duk kat mana so dia bagi guide jalan dan kitaorang bertiga sampai sana lebih kurang pukul12.30 tengah hari walau before tu Rehan dah cakap yang dia akan pergi dulu kt K.S and tunggu kat sana..
Sampai saja kat ofkos jumpa Rehan dulu kat bawah sebab tak tau lokasi sebenar. Haishh K.S ni takde letak signboard pulak pejabat dia..sabar je lah. Dahlah pejabat dia duk kat tingkat dua. Masuk je, penuh gamat manusia tengah ambik gambar dan dorang terus tarik zura join sekali. Tapi sampai sekarang tak Nampak pun gambar tu. Hehe..entah siapa punya lah agaknya time tu..ramai sangat.


ni gambar 1st yang amik kt pej k.s :)))) - mase mula2 tgk, ya Allah apasal tebal giler ni??!! cz sebelum ni tatau berapa mukasurat. en muzri cakap dalam lebih kurang 900ms..So zura agak-agak dalam macam novel Asst karya kak melur jelita tu lah..yg nampak tangan tengah pegang duit tu, dia lah kastemer SSiD yang 1st...agak cuak sebab tatau nak layan peminat...hehe....just sign n bersalam jer masa tu...yelah datang pun kelam kabut je...adess...sorrylah awak...tak sempat nak amik gambar..nama pun dah lupa...huhu




ni pandangan sisi SSiD yang ada kat rak pejabat karya seni..atas permintaan geng-geng grup OUR LOVE <3


ni gambar dengan Amy Zainuddin..Dia dah bayar on9 tapi tetap datang jugak pi  K.S sebab katanya dekat jer...tqsm Amy :)))


with Sara Aisha yang cute mute....sanggup datang jugak kat K.S walau dia ada event kat C.M hr tu :))



ni dengan sape entah...Radiati Maisarah rasenye dengan kawan dia..hehe...sorry lah..lupe dah nama...sanggup gak datang walau dah bayar...tqsm :))



ni pulak dengan kak Siti Soleha Yahya :)))


 sebok sign tak pandang  kiri kanan dah...adess...


sign..sign..sign...makan pun ntah ke mana....pukul 6 petang baru gerak dari pej. K.S....lapar..penat semua ada...hotel pulak tak cari lagi time tu...nak pi Shah Alah umah sepupu malas pulak bila dah stuck ngan jammed....huhu....dan kitaorang decide cari hotel terdekat jer..plan nak jalan2 terus je kensel....akhirnya kitaorang check-in kat hotel tengah-tengah bandar...Lodge Paradise...Dua bintang je kot...tapi tak kisahlah janji selesa...

Lepas rest kejap n mandi semua, planlah nak kuar makan..ingat nak cari fast food je tapi tak jumpe plak...papago pegang kat tangan tapi still tak jumpa..nak tanya orang kat situ..semua tengok warga asing..en driver cakap dia tak terer sangat area k.l ni..kalo area shah alam tu biase lah..tempat belajar dan bekerja lima enam tahun dulu...si Darwisya pulak jalan dah tak betul...penat kot..dah lah en driver konon2 nak jalan kaki jer..puas pusing2 tapi tak jumpe satu fast food pun walau sebelum checkin nampaknya Wisma KFC n McD kat situ...adess...sabar jerlah...lutut pun dah menggigil sebab tak makan dari tengah hari..mase tu dah pukul 9 lebih...nak singgah restoran tepi jalan tu tak berani sangat cz banyak gambar Tiger Beer....huhu...and selepas berjalan hampir setengah jam...pusing2 area situ..masuk 7E..kitaorang decide makan kat restoran hotel jer..dalam kepala dah membayangkan yang habislah duit aku terbang nanti...huhu...en driver cakap tak apalah sekali sekala jer...sabar jerlah..



si darwisya yang sebok main games..mase ni tunggu fish chips dia sampai....time tu jugaklah bunyi bunga api berdentam dentum...sebab betul2 kat bintang walk...tapi dah takde mood nak tengok sebab lapar n penat sangat..



bawak masuk Firash dalam hotel ;p ~ memang lena betul tdo malam tu dalam dakapan Firash (okay si writer perasan lebih..haha )


                            AHAD 18/12/2012


Lepas siap check-out, kitaorang just pi Sogo n ape nama entah...memang ada sale tapi tak jumpa apa pun nak shopping..en driver je banyak shopping...habes butik dia masuk..kitaorang just teman jer...sape cakap lelaki tak minat shopping? tiga jam tau tunggu tercongok kat situ..nak cari seluar lah...baju lah..kemeja lah..kasut lah..nasih bawak kete kecik..kalau bawak kete besar habes benda diborongnya kut..huhu....actually bimbang jugak nak naik hgway karak cz kete sarat dengan SSiDs yang tujuh kotak..tapi alhamdulillah semuanya ok dan kami sampai pukul7 malam tepat selepas gerak dari Sogo pukul 2 petang :)






jenuh angkut dari kete...mase kat pejabat K.S, encik Muzri tolong angkut jugak...dalam setiap kotak ni (actually bukan kotak pun, tapi dia balut 20 books kat dalam)..setiap kotak ada 20 books dan bawak balik dalam 135 bijik rasenye...lepas tu kitaorang pun pengsan..haha..penat giler dowh....huhu....


SEKITAR GAMBAR PEMBUNGKUSAN DAN PENGHANTARAN SSID...



Banyak tu nak bungkus..sign lagi...adess..


                                 
 yang dah siap  bungkus, tunggu pos je...empat hari tak tdo siapkan semua ni... :))



 rumah dah bersepah kalah kapal pecah....pen pun dah banyak habis dakwat..hehe...sabar jerlah..




                               yang dah siap sign..cuma nak balut je :))





mula2 guna kertas yang balut si Firash ni dari kilang tapi lama2 kertas abes so beli kertas minyak....beli wrapping plastik tu tak jalan pun..ade ke patut tak melekat..adess..sabar jerlah....ada yang cakap tak yah bungkus, mana boleh tak selamat lah...sebab plastik dah tak ada kan...tau2 jerlah pos laju buat kerja camne...main campak2 je masuk lori dia..huhu...



last longgokan si Firash..huhu....nak mengalir rasa air mata..yelah dah hampir lima malam bersama dengan dia....sanggup selimut jugak dengan kertas walau still ada pplastik..sayang sangat :')


                                                DEDIKASI :DDD



                                 SSiD with co-admin, Arelin Ziunidon -  :))




 happy sakan nampaknya dapat peluk Firash..hehe..konpem tak lepas malam tu..opss....haha :D







                        SI FIRASHs WITH HIS READERS N FANS <3<3<3



                         Salmiah Ngah punya...cantik gambar ni...special katanya tuk SSiD <3<3<3



    ni dari fans dari Brunei..hari Isnin dah dapat..beli dari kedai biasa je...pelik jugak cz cepatnya sampai sana....sedangkan yang kat Sabah pun belum ada lagi..from sis Haniah Ms <3<3<3




yang Husni Laila punya....sampai lebam katanya mata sebab berjaga bace SSiD...hehe <3<3<3






                         KOMEN2 TTG SSiD :DDD




From sis Lizawati dari grup Review Novel




Kisah ni mengisahkan tentang hero Firash Arshad dan juga heroinenya Syafa Aqira. sebenarnya c Syafa Aqira ni awek abg firash Arshad tapi disebabkan satu insiden di mana c Firash Arshad ni dah tertidor dgn syafa ni so terpaksalah mereka berdua berkahwen. Walaupon c Firash ni muda 4 tahun dr c Syafa tapi mereka tetap juga berkahwin. Memula tu c Firash ni memg x nak kawen dgn c Syafa ni tapi oleh sbb bendapon dah berlaku n syg kat mama dia merekapon berkahwen.
Firash Arshad..seorg lelaki yg garang bg sylah..suka marah2..ego manjang tapi seorg yg sgt2 bertanggungjawab sbnrnya. Syafa pula seorg yg lemah lembut, x suka kasar dan baik.Walaupon berkahwen tanpa kerelaan namun sbnrnya c firash ni sayang kat wife dia. Syafa ni pula cantik so bnyklah peminat2 . Nak tergelak bila baca bab2 di mana c Firash ni cemburu. konon je x syg tapi bila ada org lain dekat kat wife dia pandai marah2.
Ntah mcm mana perhub yg keruh menjd jernih bila masing2 terpaksa duduk serumah bilamana c Firash ditugaskan praktikal di tempat yg sama syafa bekerja. Barula dia sedar yg isteri dia ni dia sayang. Alahai kalau dh serumah manalah x sayang..org gila je yg x sayang bini..ceewah!!!teremo kejap...Bila dah bahagia2 ni biasalah nak pnjgkan cerita terjadilah peristiwa yg mengeruhkan keadaan yg membuatkn Syafa lari dr ruma meninggalkan c Firah..padan muka ko dl ko mnjg buat dia marah je bila dia dah lari baru tau bagaimana rasanya hihihi
lps tu Firash terpaksalah pujuk wife dia..biasalah dah syg mestilah romantik kan..hahahahah bg sy novel ni bnyk adegan yg agak romantik...so terasa dibuai laju2 kejiwangan bila membacanya..heheh novel yg santai~~~walaupon Firash tu garang tapi ntah mcm mana sy rasa Firash mcm macho je hahaha 
kalau nak tau lebih terperinci silalah baca ye sbb nak citer punyalah pnjg 897m/s tu..so enjoy~~~review sy ni kalau ada salah silap harap maafkanlah ye



from sis Ida Nur Asnidar ~ owner Geng Giler Novel Fans


Errrrr.....sebenarnya kan,kan.....tak tau nak citer ke tak nie,serba salah plak rasanya tapi memandangkan wall ni wall GGNF so Ida citer lah kan....

Sebenarnya..Saya Isteri Dia! tu kan..kan..kan.. Superb la weh!!!! Berbaloi dengan harga RM30 tu...kih kih kih...Ida suka ngan cara olahan citer nie..Tak bosan dan ada aura yg membuatkan Ida nak terus baca dan baca dan terus baca sampai habis!! Jalan citer yg amat menarik buat...Tak terasa pun yg citer ni ada 897 ms... So bg anda yg belum mendapatkan....silalah berbuat demikian SEKARANG!! ^_^...
Ida bg 5***** untuk karya pertama Zura Asyfar Ourlove ini....Good job dear... Moga terus menghasilkan karya terbaik pada masa akan datang... TAHNIAH!









p/s : bnyk lagi gambar yg akan upload nnt...to kak Salmah Hanim, tqvm datang bukak plastik semua..Kak Sarah Marissa pun ada time tu..Kak Amisha pun ada..memang happening...Aliesha Kirana dan Rehan pun ada jugak tapi tak sempat ambil gmbar diaorang..niat nak beli novel pun tatau ke mana..bawak balik si Firashs je ke Kemaman...adesss....
Actually zura terima aje komen korang semua...sebab dah tau macam mana cerita ni camne...maybe agak tergesa2 part ending cz kejar dateline..insyaAllah jika ada kesempatan tuk publish novel, zura akan buat yang terbaik...gudnite alls...ade lagi ni yang kena post esok untuk orang yang baru aje bayar n ada jugak nama terlepas pandang...