ASSALAMUALAIKUM...
Lama giler kan tak update blog? menulis pon dah stop hampir sebulan yang lalu atas keadaan kesihatan yang tak mengizinkan..sape2 yg frends kt fb mmg dh taulah..hampir tiga mgu mnyepikan diri dari dunia fb..start dr gastrik time gi cameron hr tu smpai balik..lepas tu makin teruk sampai tak boleh berdiri lama2..and smpai skrg benda tu tak hilang..so mss MDO mmg tergendala terus sbb langsung tak bukak lappy...tak boleh tgk benda bertulis, akn jd pening kepala...so buku, novel, mss n sbgainye langsung tak boleh pandang..
so untuk mase skrg, sy bersara sementara dr bidang penulisan ni..dan jika kesihatan kembali pulih, barulah blog n kerja2 menulis akan disambung semula..thanks pd yg bertanya :)
:: My gangS :: TQVM
Thursday, November 29, 2012
Saturday, November 10, 2012
KENANGAN MANIS DI POPULAR SALE @ BERJAYA MEGAMALL KUANTAN
Assalamualaikum
dan selamat malam..Terasa rajin pulak nak update blog malam-malam buta walau
bukan untuk cerita kat dalam ni.. Cuma nak share kenangan pergi Popular Sale
kat Megamall tengah hari tadi..
Seriusly tak
tahu bila popular wat sale ni tapi yang nak sangat pergi sebab nak jumpa dengan
penulis Ezza Mysara (Cinta Untuk Sedetik Lagi) , E-man Sufi ( Suami yang ku
benci, Hikayat Cinta Si Pematah Hati) dan Ilya Abdullah ( Coke and Sundae, 566
Hari MEncari Cinta dan Coke and Sundae 2)..Masa kat PWTC akhir bulan empat hari
tu dah pernah jumpa tapi sekejap sangat so awal-awal lagi dah booking masa
dengan addy nak pergi sana..
Pukul 2 sharp dah sampai sana cz gerak awal dari kemaman..boleh pulak jammed time nak gi...maybe dah start cuti sekolah kut..dahlah tak makan lagi mase tu..grrr...sampai2 aje tgk kak eman dah tercongok kat pentas tu..hehe..terpaksa lah ku memanjat pentas...
actually jeles jugak sbb kite tak pernah pulak dijemput naik pentas bagai ni...tp ada emcee situ kata penulis-penulis yang dijemput ni tak nak bercakap so dia aje yg bercakap..itu ini n cerita background penulis..terpikir jugak yang depa ni bukannya retis nak bercakap bagai..yelah bukannya press conference kan? kalau lah daku yang kena bercakap, mahu jugak menggigil lutut..haha...teringat kenangan kat nasi lemak kopi o hari tu...
ni gambar time nak jumpa si sara ni..hayya kena beratur pulak..hehe...ramai jugak yang datang...crowded je kat bawah pentas tu...
senyum dah takde dah sebab geram kat tabs yang tetibe wat hal.kata addy si chieqa ni tekan apa ntah so jd lmbat time nak tangkap gambar tu...grrr..tp siyes cun baju yg si sara ni pakai..kata dia hr tu nak rushing pi kenduri pulak lepas ni...hmm, lepas ni boleh tany sara, dia tempah or beli baju tu kat mana..hehe
tup-tup ada yang tegur.. "Ni zura asyfar kan?" so dengan tak malunya menjawab yer...dan terus bergmbar dengan siti fazlina ni..
ni pulak lupa nak tanya nama..katanya dari jengka 19..waa, jauh giler datang nak jumpa ezza mysara dengan eman sufi ni..bukan sejam dua tu jarak perjalanan dia cz ada jugak abg ipar asal jengka 21...rasanya kakak ni ada kena mengena dengan siti fazlina tadi..
selepas sejam round-round situ, barulah pergi jumpa kak ilya abdullah..hari tum time pwtc tak sempat nak jumpa..yelah duk bertenggek kat booth Ks je lima hari...kak ilya kata dia datang dengan bas ke kuantan..dengan kakak dia..mmg terkejut...hehe..
sempat bergmbar dengan Is Riz..mengikut nama dalam fb lah..dikatakan yang incharge bahagian pantai timur tapi sedih bile novel SSiD mmg takde kat situ..kat mesra mall kemasik pun dah lama takde..katanya pihak penerbit tak boleh buat apa-apa sebab semua tu under org atasan popular..huhu
LAst but not least, sempat bergmbr dengan our big bos Karya Seni...waaa, smart tu..ehem berdondon lah pulak kita hari ni..kiki..katanya baru datang pagi tadi dari KL..
Oklah dats all for today, insyaAllah esok or lusa akan masukkan bab terakhir MDO sebelum dihide selepas seminggu diletak kt sini..Tq sudi bace..gudnite n wassalam..
Thursday, November 8, 2012
Info Drama SSiD yg bakal di adaptasi :)
Assalamualaikum...Terkejut bila buka-buka fb tadi n ade satu kenalan bg link ni...saya sendiri belum tahu sangat mengenainya...
#krdt to @NAzira NAsir yg bg link...
***
Drama-drama menarik TV3 2013!
Hai, minggu lepas telah diadakan Media Prima TV Networks Screenings 2013 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Melalui acara tersebut, drama2 terbaharu TV3 untuk tahun depan telah diumumkan. Anda dah tahu belum? Kalau belum tahu, lihat senarai drama-drama yang akan ditayangkan di TV3 pada tahun 2013 di bawah ini..
Senarai drama2 terhebat TV3 untuk tahun 2013
Monumen Cinta Qaseh (Slot Lestary)
Hanya Pada Mu (Slot Zehra)
Karlos (Slot Aksi)
Diandra (agak2 ED Slot Lestary)
Ummi
Sebenarnya Saya Isteri Dia (drama adaptasi novel paling hangat) (Slot Akasia)
Kampung Girl (Slot Akasia)
Unsung Places (Slot Seram)
ED diberitahu oleh follower Twitter EDtv, slot Samarinda akan tayang selama 1 jam bermula tahun hadapan. Eksklusif untuk anda, Fir Affandi telah memberi sms kepada ED bahawa dia akan terlibat lagi dalam Slot Samarinda (tayang tahun 2013). Drama2 di TV3 semakin lama semakin menarik untuk ditonton. Nantikan drama2 berkualiti dan menarik hanya di saluran kegemaran ED, TV3! Hehe.. Udada Ubabye!!
****
#entry ni copypaste dr blog ni http://edtv-zahidizakariya.blogspot.com/2012/11/drama-drama-menarik-tv3-2013.html
~~~ siyesly sy pon tak sabar nak tahu siapa yang berlakon...
#krdt to @NAzira NAsir yg bg link...
***
Drama-drama menarik TV3 2013!
Hai, minggu lepas telah diadakan Media Prima TV Networks Screenings 2013 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Melalui acara tersebut, drama2 terbaharu TV3 untuk tahun depan telah diumumkan. Anda dah tahu belum? Kalau belum tahu, lihat senarai drama-drama yang akan ditayangkan di TV3 pada tahun 2013 di bawah ini..
Senarai drama2 terhebat TV3 untuk tahun 2013
Monumen Cinta Qaseh (Slot Lestary)
Hanya Pada Mu (Slot Zehra)
Karlos (Slot Aksi)
Diandra (agak2 ED Slot Lestary)
Ummi
Sebenarnya Saya Isteri Dia (drama adaptasi novel paling hangat) (Slot Akasia)
Kampung Girl (Slot Akasia)
Unsung Places (Slot Seram)
ED diberitahu oleh follower Twitter EDtv, slot Samarinda akan tayang selama 1 jam bermula tahun hadapan. Eksklusif untuk anda, Fir Affandi telah memberi sms kepada ED bahawa dia akan terlibat lagi dalam Slot Samarinda (tayang tahun 2013). Drama2 di TV3 semakin lama semakin menarik untuk ditonton. Nantikan drama2 berkualiti dan menarik hanya di saluran kegemaran ED, TV3! Hehe.. Udada Ubabye!!
****
#entry ni copypaste dr blog ni http://edtv-zahidizakariya.blogspot.com/2012/11/drama-drama-menarik-tv3-2013.html
~~~ siyesly sy pon tak sabar nak tahu siapa yang berlakon...
Thursday, November 1, 2012
Teaser bab 20 Menantu dari Overseas
SUASANA di ruang tamu itu agak riuh dengan bunyi suara Adreez
dengan Shanzay yang sedang mengikuti siaran langsung bola sepak di tv. Ayara
yang baru saja turun dari tangga itu sempat menjeling ke arah lelaki itu
seketika sebelum menghala langkah ke dapur. Tatkala kakinya sudah melewati
ruang tersebut, dia terserempak dengan emaknya yang sedang mengacau satu jag
teh panas.
“Mak buat air?” Soal Ayara sambil
duduk di kerusi meja makan itu. Matanya dialihkan ke arah emaknya yang sudah
mengatur cawan-cawan kosong ke dulang.
Puan Rashidah berpaling. “Adik
kau tu lepas tengok bola mesti je nak mintak mak buatkan air. Jadi baik mak
buat cepat-cepat sebelum dia mintak,” balas Puan Rashidah sebelum mengangkat
dulang yang berisi dengan teko dan cawan-cawan kosong tersebut.
“Eh biar Ara aje yang angkat. Mak
tu pergi masuk tidurlah. Dah lewat ni.” Cepat-cepat Ayara menghalang emaknya
dari berbuat demikian. Puan Rashidah yang mula-mula berkeras akhirnya mengalah.
“Tapi mak ada benda nak cakap
sikit ni kat kamu berdua,” beritahu Puan Rashidah sambil berjalan mengekori
Ayara dari belakang. Saat mereka berdua sampai ke ruang tamu, mata Ayara sempat
menangkap kenyitan mata dari lelaki itu. Nasiblah dia sempat meletakkan dulang
itu ke meja. Kalau tidak, mungkin dulang itu sudah terjatuh dari tangannya.
“Mak nak cakap apa?” Soal Ayara
lalu duduk di sofa two seater diikuti
dengan emaknya. Adreez dengan Shanzay pula awal-awal lagi duduk di sofa three seater.
“Hujung bulan ni Aisya anak Pak
Idris kamu tu nak kahwin, jadi Mak Bitah ajaklah kamu ke sana. Kebetulan kamu
balik, mak ingat nak buat kenduri kesyukuran sikit. Dah ajak dah jiran-jiran
untuk tolong serba-sikit.”
Kata-kata dari emaknya itu
membuatkan Ayara terkejut. Bulat matanya memandang Puan Rashidah sebelum
beralih ke arah Shanzay yang secara tiba-tiba memandangnya. Entah kenapa saat
itu dia merasa akan akan bala besar yang akan menanti.
“Kenduri untuk kami?” Soal Ayara
untuk memastikan kata-kata emaknya itu betul. Kenduri kahwin anak Mak Bitah itu
sudah tidak lagi menjadi perhatian. Apa yang menjadi perhatiannya adalah ayat
terakhir dari emaknya itu.
“Yelah. Kenduri untuk kamu lah.
Tak kisahlah dah kahwin tiga empat tahun pun. Mak nak buat kenduri kesyukuran
sempena kamu balik sini,” jelas Puan Rashidah lagi. Walaupun perkahwinan Ayara
itu tidak mendapat restunya dulu, namun baginya tidak salah dia membuat kenduri
untuk menyambut mereka berdua pulang ke sini. Tambahan pula, sedara-mara mereka
sudah pun sibuk-sibuk nak kenal menantunya itu setelah berita Ayara pulang ke
tanah air diketahui.
“Hujung bulan ni ke mak?” Soal
Ayara lagi meminta kepastian. Puan Rashidah mula memandang ke arah anaknya itu
sebelum beralih pada menantunya pula.
“Yelah. Hujung bulan ni. Kamu
berdua ambillah cuti.” Sambung Puan Rashidah pula tanpa rasa bersalah. Seketika
dia mula menuang teh panas ke dalam cawan. Ayara mengeluh lemah sebelum
berpaling ke arah Shanzay. Ternyata lelaki itu bereaksi sama dengannya. Kecuali
Adreez saja yang sesekali tersenyum ke arah mereka.
“Okaylah tu Kak Long. Boleh naik
pelamin sekali lagi. Kali ni Areez nak jadi pengapit,” ceria saja suara Adreez
tanpa mengetahui kisah di sebaliknya.
“Ada sanding-sanding jugak ke
mak?” Soal Ayara dengan riak terkejut. Sudahlah dengan perkataan keduri tadi
jantungnya hampir terhenti. Ditambah pula dengan kata-kata dari adiknya itu
membuatkan dirinya seakan sesak nafas.
“Apa
salahnya kalau nak bersanding pun? Bila lagi emak nak tengok kamu berdua
bersanding?” Balas Puan Rashidah pula seraya membawa cawan berisi teh panas itu
ke mulutnya. Saat itu Ayara terasa pandangannya seakan gelap. p/s : bab 20 lmbt sikit up cz tak siap lg..sementara tu bace teaser ni dulu..pekembangan terbaru dh siap hmpir 80% MDO ni...
Tuesday, October 16, 2012
Menantu Dari Overseas? Dan Status : Hakmiliknya Tanpa Cinta
Assalamualaikum dan selamat pagi..
Pada semua yang tertunggu entry
MDO, saya mintak maaf sebab saya hanya akan update seminggu sekali aje sebab
hanya dua bab sahaja lagi yang akan diupdate kat blog..so dah slowdown
sekarang..perkembangan lain, MDO dah hamper 70% siap..dateline dah dekat sangat
so saya tak tidur malam ni menaip..untuk entry akhir SSiD akan disambung lepas
manuskrip MDO siap..sorry ye..memang tak ada mase nak fikir benda lain pun
sekarang..nak makan pun fikir manuskrip ni..dan lepas MDO siap, insyaAllah
cerita STATUS : HAKMILIKNYA TANPA CINTA akan menyusul..Kisah antara Puteri Ifra
Waniya dengan Megat Daneen Zurfishan…cerita ni sebenarnya dah tulis hujung
tahun lepas lagi selepas SSiD siap tapi stuck jap..kat blog ni dah ada prologdan bab 1..dua hari lepas korek2 dalam doc google, terjumpa sedikit bab
dua..boleh bace dulu :)
ANGIN sepoi-sepoi bahasa yang berpuput-puput lembut itu langsung
tidak dapat melegakan fikiran Ifra yang sedang kusut. Kusut memikirkan akan
masalah yang baru saja dihadapinya itu. Dia mengeluh perlahan sambil tersandar
di seat kereta. Mata dipejamkan
seketika seolah-olah ingin melupakan hal yang berlaku. Namun deringan telefon
bimbit yang berada di dalam beg tangannya itu mematikan segalanya.
Ifra menarik Samsung S3 yang masih
berdering. Terpamer nama Wawa di skrin. Pasti sahabatnya itu sedang menunggunya
sejak dari semalam. Dan pasti Wawa tertanya-tanya kenapa dia langsung tidak memunculkan
diri. Ah Ifra! Macam mana nak munculkan diri kalau semalam kau kena cekup dan
dibawa ke hotel? Soal hatinya pula. Akhirnya deringan itu mati sendiri selepas
tiga kali berdering.
Air mineral yang masih berbaki separuh
di dalam botol itu diteguk perlahan. Ingin menghilangkan rasa payau akibat
menelan sejenis ubat sebelum dia sampai di pantai itu tadi. Sejujurnya dia
langsung tidak punya pengalaman di dalam menghadapi masalah begini. Itu pun dia
hanya mengikut kata hatinya supaya membeli ubat pencegah kehamilan di farmasi.
Walaupun pekerja di farmasi itu memandangnya pelik namun dia cuba untuk
bersikap selamba. Dia tidak mahu akan kejadian semalam itu akan membuahkn hasil
yang tidak dikehendaki walaupun itu bukan kemahuannya. Jadi biarlah dia mencegah
dahulu sebelum semuanya berlaku.
Memikirkan semua itu, kepalanya terasa
berdenyut-denyut. Terasa ingin melarikan diri buat seketika dari sini. Namun
apabila teringatkan akan tempoh perkahwinannya yang bakal menjelang, dia tidak
betah untuk berbuat demikian. Dia tidak mahu ahli keluarganya menanggung malu
jika bakal pengantin perempuan melarikan diri. Sudahlah kad-kad jemputan semua
sudah dihantar. Hotel untuk majlis resepsi sudah pun selamat ditempah. Hanya
perlu menyiapkan diri sahaja menjelang tempoh itu.
Suasana yang semakin menghampiri senja
membuatkan Ifra bercadang untuk mengundurkan diri dari situ. Berharap biarlah
masalah itu akan terkubur begitu sahaja.
Wednesday, October 10, 2012
BAB 1 Aku Perempuan Itu
BAB 1
“AKU TAK PERNAH lagi
jumpa perempuan yang bodoh macam kau ni. Cepat saja percaya dengan cakap
lelaki. Tak hairanlah mudah saja kau dipergunakan.” Sindir Rifqh kepada gadis
yang masih tertunduk lemah di sebelahnya. Amaliya hanya berdiam diri dan tidak
berkata apa-apa walaupun kata-kata yang terucap dari bibir lelaki itu seakan
sembilu yang menikam ke dasar hatinya. Dia hanya mengetap bibirnya cuba menahan
rasa di hati. Tubir matanya mulai bergenang kembali apabila memikirkan apa yang
telah berlaku kepada dirinya tadi.
“Kalau aku jadi kau, memang dah
lama aku tinggalkan lelaki macam tu. Apa sebenarnya yang kau mahukan dari
lelaki tu? Kemewahan? Kasih sayang? Hutang aku pun tak boleh nak bayar, ada
hati nak bela perempuan.” Sindir Rifqh lagi tanpa mengambil kisah akan rasa
gadis di sebelahnya. Bibirnya mengukir senyuman tipis. Ah! Perempuan sekarang
memang senang dipergunakan! Apatah lagi perempuan muda seperti gadis di
sebelahnya ini. Seringkali tergoda dan termakan dengan pujuk rayu lelaki di
luar sana.
“Kau tak payah nak menyesal lah
dengan semua ni. Kau yang sengaja melibatkan diri dengan lelaki macam Reza tu, so kau tanggung aje lah akibatnya.”
Sambung Rifqh lagi. Dia menyandarkan kepalanya di tempat duduk kereta. Terasa
penat di tubuhnya kerana berkejaran ke sana ke sini malam ini.
Amaliya hanya mendiamkan diri
sahaja tanpa berbicara sepatah kata. Terasa hendak saja dia menangis dengan
kata-kata yang dilemparkan kepadanya. Begitu menusuk dan menikam ke lubuk
hatinya. Walaupun kata-kata akhir lelaki yang bernama Rifqh itu langsung tidak
menepati situasi yang sebenarnya. Dia pun sebenarnya tidak mahu semua ini
berlaku kepadanya. Tidak terjangka sama sekali yang dirinya akan terheret sama
ke dalam permasalahan ini.
Namun semuanya sudah terlambat,
nasi telah menjadi bubur. Dan apabila diri sudah terjebak seakan payah untuk
keluar lagi. Akhirnya dia mengeluh kekesalan. Air mata yang baru sahaja hendak
mengalir dari tubir matanya dikesat dengan lengan baju miliknya.
“Jack, bawa aku ke Apartment
Melati.” Arah Rifqh kepada pemandu yang sedang memandu kereta Toyota Alphard
berwarna hitam itu. Orangnya itu hanya mengangguk perlahan. Aku dengan arahan
ketuanya.
Hanya deruman enjin yang
menemani suasana di dalam kereta itu. Dua lagi orang Rifqh yang bernama Fend
dan Gordon itu statik di ruang depan dan di ruang belakang. Masing-masing
melayan fikiran yang entah ke mana. Rifqh pula telah memejamkan matanya di
sebelah gadis itu. Penat telah mengatasi segala-galanya.
***
“HOI, KELUARLAH! Kau
ingat kau tu anak raja nak kena sembah bagai!” Tempelak Rifqh kuat dari luar
kereta. Matanya merenung tajam ke arah Amaliya yang masih statik di dalam perut
kereta. Gadis itu seakan terleka dengan dunianya sendiri sehingga tidak
menyedari yang kereta itu telah diberhentikan di depan Apartment Melati yang
mempunyai ketinggian lima tingkat itu.
Jack yang masih sabar menunggu
di dalam kereta itu menjeling sekilas ke arah Amaliya yang berada di ruang
tengah kereta. Memang nak cari penyakitlah, getus hati kecilnya. Sedikit
menggeleng kepala apabila melihat Amaliya yang terkulat-kulat disergah oleh
ketuanya itu.
Fend dan Gordon pula telah
selamat masuk ke pintu utama ruang apartment itu. Barangkali bersiap sedia
menunggu di dalam rumah sahaja.
“Cepatlah! Terhegeh-hegeh aje!”
Tempelak Rifqh lagi apabila melihat Amaliya yang perlahan-lahan keluar dari
kereta Toyota Alphard itu. Seakan geram dengan gadis yang memakai blaus pink
muda itu. Lembap!
Amaliya yang terkejut disergah
itu terkocoh-kocoh keluar dari perut kereta. Hampir sahaja dia terjatuh di atas
tar jalan apabila kasut tumit tingginya itu seakan tidak memberikan kerjasama
dengan kakinya. Namun cepat-cepat tangannya memegang badan kereta itu untuk
menstabilkan kembali badannya. Selamat!
Jack keluar dari perut kereta
dan menuju ke belakang Amaliya yang masih berdiri statik di belakang Rifqh.
Mengawal keadaan jika gadis yang bersama ketuanya itu cuba hendak melarikan
diri.
“Dah ikut aku!” Arah Rifqh
kepada Amaliya. Kakinya laju sahaja bergerak menuju ke arah pintu utama
apartment itu. Amaliya yang berada di belakangnya sempat menjeling sekilas ke
arah wajah Jack yang beku tanpa sebarang senyuman. Memang tak ada langsung
peluang untuk melarikan diri kalau dikawal macam ni, fikirnya.
***
LIF BERDENTING di
tingkat tiga menandakan sudah sampai ke tempat yang hendak dituju. Amaliya yang
berada di tengah-tengah antara Rifqh dan Jay itu sempat menjeling sekilas ke
arah Rifqh. Kelihatan lelaki itu sedang berbual-bual dengan telefon bimbit.
Namun pertuturannya tidak berapa masuk ke pendengaran telinganya. Cakap bahasa
apa entah!
Amaliya membontoti jejak
langkah Rifqh ke arah pintu rumah yang bernombor 307 itu. Tanpa memberikan
salam, Rifqh memulas tombol pintu itu. Memang pintu rumah itu tidak berkunci kerana
Fend dan Gordon terlebih dahulu sudah memasuki rumah itu.
Suasana rumah yang berdekorasi
kedesaan Inggeris itu seakan menarik minat Amaliya. Matanya kelihatan bercahaya
memandang ke segenap arah di rumah itu. Kemas dan teratur sekali. Seumur
hidupnya tidak pernah dia merasa untuk menapak ke dalam rumah yang serba mewah
ini.
“Kau jangan nak jadi jakun
pulak!” Sergahan yang keluar dari mulut Rifqh mematikan lamunan indah Amaliya.
Senyuman yang sedikit terukir di bibirnya tadi terus sahaja mati. Memang dia
kena sabarlah dengan lelaki ini, asyik menyergah orang sahaja, fikirnya di
dalam hati.
“Sekarang dah pukul satu pagi.
Aku dah tak ada mood nak cakap apa-apa. Esok aje aku
bagitahu kau.” Lantang Rifqh bersuara. Dia menghenyakkan punggungnya di sofa
putih yang mempunyai bunga-bunga mawar kecil itu.
Amaliya yang berdiri di sebelah
Jack hanya mengangguk perlahan. Sebenarnya dia pun berasa mengantuk sejak dari
dalam kereta lagi namun kantuknya itu ditahan. Takut pun ada jika tertidur di
dalam kereta.
“Jack, bawak dia masuk bilik.”
Arah Rifqh lagi. Amaliya yang mendengar arahan Rifqh itu membulatkan matanya.
Seakan tidak percaya dengan apa yang didengari dari mulut Rifqh. ‘Nak suruh aku
tidur dengan mamat beku ni ke?’ Fikir Amaliya dalam hati.
“Ikut saya.” Suara Jack
kedengaran. Namun Amaliya hanya memandang sepi suara itu.
“Apa lagi yang tercegat lagi
tu?!” Sergah Rifqh lagi apabila melihat Amaliya masih lagi tidak bergerak. Jack
yang berada di sebelahnya pula seakan serba salah untuk mengajak gadis itu ke
bilik. Pelawaannya tadi pun tidak dipedulikan.
“Err....Saya tak nak tidur
dengan dia.” Jawab Amaliya sedikit teragak-agak. Akhirnya dia bersuara juga.
Namun agak gerun apabila wajah Rifqh yang seakan menyinga memandangnya.
“Ha...Ha...Ha...kau fikir apa
ni? Apa betul kau nak tidur dengan dia?” Rifqh berjalan merapati Amaliya dengan
senyuman sinis yang terukir di bibirnya. Ketawanya tadi dilepaskan kerana tidak
tahan dengan tindakan Amaliya yang sudah salah faham itu.
Amaliya menggigit bibirnya.
Soalan yang terpacul keluar dari bibirnya itu seakan memerangkap dirinya
sendiri. Jack yang berada di sebelah hanya mampu tersenyum sinis. Seakan
gelihati dengan reaksi Amaliya.
“Eh, saya tak nak.” Cepat-cepat
sahaja Amaliya menjawab walau hatinya sudah berdebar sakan melihat anak mata
Rifqh yang sudah tajam menikam anak matanya.
“Kau ingat kau tu cantik sangat
ke sampai fikir ada orang nak tidur dengan kau?” Tempelak Rifqh lagi.
Amaliya hanya menundukkan
kepalanya apabila Rifqh berjalan mengelilinginya. Walau kata-kata Rifqh itu
seakan tidak berminat dengan dirinya namun dia juga harus mengambil langkah
berwaspada. Lagipun sekarang dia telah berada di tangan lelaki itu. Apa sahaja
boleh dilakukan oleh lelaki itu kepada dirinya sekarang.
“Dah, pergi masuk tidur sebelum
aku ubah fikiran.” Arah Rifqh lagi kepada Amaliya. Tangannya menutup mulut
menahan kuap yang mula menghampiri. Matanya sudah mula terasa pedih akibat
beberapa kali menguap.
Akhirnya Amaliya mengikuti Jack
yang membawa dia ke sebuah bilik yang berada berhampiran dengan dapur. Namun
Jack hanya menghantarnya di muka pintu sahaja sebelum menghilangkan diri ke
ruang depan.
p/s : blog Hotstuff tu dua kali kena virus so
baik tutup je..so citer lama (awal tahun 2011 kot) ni dipindahkan kembali ke
blog utama..ni pun atas ramai yg requested so tak sampai hati pulak..versi kt
blog berbeza dari p2u J
Subscribe to:
Posts (Atom)